PruBSN Aspirasi adalah satu pelan simpanan hybrid (berserta manfaat perlindungan) dari Prudential BSN Takaful Berhad dengan pulangan yang tinggi dan paling menarik, TANPA komitmen tambahan. Anda tak perlu bersusah-payah tambah komitmen baru untuk menyertai pelan simpanan ini.

Setiap bulan, apabila dapat GAJI, ke manakah anda belanjakan gaji tersebut. Sudah pastilah untuk bayar pinjaman dan perbelanjaan keluarga. Tidak dilupakan juga, anda akan peruntukkan sebahagiannya ke dalam tabung simpanan seperti simpan di Tabung Haji, ASB, Unit Trust, fixed deposit, beli jongkong emas atau akaun emas dan sebagainya lagi.

Kenapa anda berbuat demikian?
Saya yakin dan percaya ia adalah bertujuan untuk sedikit sebanyak menampung kehidupan selepas persaraan nanti. Simpanan untuk di masa persaraan atau mungkin juga untuk simpanan pendidikan anak-anak. Nak mengharap KWSP sahaja mungkin tidak mencukupi, apatah lagi jika duit KWSP selalu dikeluarkan untuk apa jua sebab. Jadi, perlunya buat tabung simpanan tambahan.

Di mana jua simpanan yang sedang anda buat sekarang ini, tolong jangan berhenti. Teruskan saja! Contohnya, setiap bulan anda simpan di ASB dan Tabung Haji, teruskan sahaja seperti biasa.


8 Key Ideas tentang PruBSN Aspirasi

1. Simpan hanya 5x / 10x / 20x sahaja
Ya, simpan hanya 5/10/20 kali bayaran sahaja. By right, it should be 5/10/20 tahun. Tetapi, ia tak ikut jumlah tahun.

Contohnya, anda pilih untuk simpan RM10,000 setiap tahun dengan 10 tahun bayaran sahaja. Maka, secara asasnya, anda akan simpan RM10,000 setiap tahun selama 10 tahun, menjadikan jumlah keseluruhan adalah RM100,000.

Tetapi, anda juga ada pilihan untuk bayar secara lump sum. Pada tahun pertama, anda nak bayar lump sum sebanyak RM100,000 sekaligus pun dibenarkan, di mana ia mewakili jumlah bayaran 10 tahun. Atau, tahun pertama bayar RM10,000; tahun kedua bayar RM20,000; tahun ketiga bayar RM50,000 dan seterusnya sehingga cukup jumlah keseluruhan RM100,000 bagi tempoh 10 tahun itu. Ia dibenarkan!


2. Nikmati return dan benefits sehingga 30 tahun

Anda bukan sahaja boleh pilih kekerapan bayaran, tetapi juga boleh pilih tempoh matang akaun. Pilihan paling singkat adalah 15 tahun atau paling lama adalah 30 tahun. Lebih lama adalah lebih baik. Sepanjang tempoh itu, anda akan menikmati return dan pelbagai benefits yang terdapat dalam akaun PruBSN Aspirasi ini.


3. No additional commitment (tiada komitmen tambahan)
Berita baik bagi anda yang sudah memulakan membuat simpanan di medium pelaburan lain seperti di ASB, Tabung Haji, fixed deposit, unit trust dan lain-lain. Tak perlu tambahan komitmen (no additional commitment) untuk buka akaun PruBSN Aspirasi.

Apa yang perlu anda buat adalah alihkan sebahagian simpanan yang sudah terkumpul di tabung lain itu kepada akaun PruBSN Aspirasi. Dengan erti kata lain, anda diversify sebahagian saving/investment portfolio into PruBSN Aspirasi bagi mendapatkan lebih banyak benefits, tapi pada komitmen sedia ada yang masih sama.

Pepatah english ada mengatakan don't put all eggs in 1 basket, to minimize the risk or impact if basket falling down and eggs broken. Jadi, kita perlu bijak dalam membahagikan risiko kerugian jika berlaku. Tiada siapa mahukan kerugian, tetapi jika berlaku, sekurang-kurangnya kerugian itu adalah something that we can managed atau tidak begitu membebankan kita.

Tetapi, sekiranya anda baru sahaja nak bermula buat simpanan, maka tiada cara lain. Perlu jadikan ia sebagai 1 komitmen untuk anda.


4. Return (pulangan)
Anda pastinya nak tahu return PruBSN Aspirasi ini bagus atau tidak sehingga perlu diversify sebahagian simpanan sedia ada kepada PruBSN Aspirasi. Betul tak?!

PruBSN Aspirasi terbahagi kepada 2 akaun iaitu:
  1. Akaun 1
    Nama akaun ini adalah MSA dan PUA. Kedua-dua akaun ini memberikan pulangan sekitar 4% - 5% setahun. Ia dalam kategori low risk. Boleh dikatakan, akaun ini adalah on par atau mungkin lebih baik jika dibandingkan dengan pulangan dari tempat simpanan yang anda sedang buat sekarang ini.

  2. Akaun 2
    Nama akaun ini pula adalah IUA. Terdapat 7 dana yang boleh dipilih untuk IUA. Salah satu dana yang paling agresif dengan pulangan yang tinggi adalah Takafulink Dana Ekuiti Dinasti. Anda boleh semak prestasi dana ini melalui aplikasi Bloomberg, download dari Google Playstore atau Apple Appstore. Dari aplikasi ini, prestasi pada tahun 2020 adalah sekitar 30% - 40%. Purata prestasi 5 tahun yang lepas pula sekitar 15% - 19%. Ia adalah sangat tinggi. Anda tak patut lepaskan peluang ini!


5. Waiver / Contributor
Di PruBSN Aspirasi, anda boleh sertakan benefit waiver atau contributor. Sekiranya pada suatu hari nanti ditakdirkan menghidapi penyakit kritikal contohnya, stroke dan lumpuh separuh tubuh, di mana dalam keadaan ini anda tidak mampu untuk bekerja lagi dan pastinya juga tak mampu untuk teruskan buat simpanan. Jangan risau! Dengan adanya benefit ini, bayaran untuk akaun PruBSN Aspirasi anda akan waived dan tak perlu bayar lagi. Bukan sekadar itu sahaja, PruBSN akan tolong bayar baki bayaran yang masih belum diselesaikan.

Sebagai contoh, anda buat simpanan sebanyak RM10,000 setiap tahun dan pilih 10 tahun bayaran. Malang tidak berbau, pada tahun ke-3, anda menghidapi stroke dan lumpuh separuh tubuh. Jadi, baki bayaran 7 tahun lagi sudah waived dan tak perlu bayar lagi. Malah, baki tersebut akan diteruskan oleh PruBSN sehingga tamat tempoh bayaran. Best kan?!

Benefit ini adalah salah satu faktor, kenapa ramai orang membuka akaun PruBSN Aspirasi. Tetapi, ia terhad kepada orang yang masih sihat. Jika sudah ada penyakit, anda masih boleh buka akaun ini, cuma tidak berpeluang untuk sertakan bersama benefit contributor ini.


6. Guaranteed Issuance Offer
Bagi anda yang mungkin sudah ada sejarah penyakit, permohonan untuk mendapatkan manfaat Contributor adalah subject to approval. Boleh jadi LULUS atau juga TIDAK LULUS. Tetapi, jangan risau. Orang yang sudah ada sejarah penyakit pun boleh buka akaun PruBSN Aspirasi ini dengan syarat, tidak sertakan manfaat contributor kerana pelan ini adalah dijamin lulus untuk semua atau disebut Guaranteed Issuance Offer.


7. Hibah
Satu lagi kelebihan akaun PruBSN Aspirasi adalah adanya benefit Hibah. Dari segi maksud, hibah adalah hadiah. Sekiranya berlaku kematian kepada pencarum, waris yang anda telah namakan dalam akaun ini akan dapat seperti di bawah ini secara Hibah, tanpa perlu dibahagikan secara Faraid:

  1. Kematian biasa:
    = Semua simpanan yang terkumpul + RM3,000 khairat kematian
  2. Kematian akibat kemalangan:
    = Semua simpanan yang terkumpul + RM3,000 khairat kematian + RM15,000 pampasan nyawa


Tatkala semua simpanan di tempat lain dibekukan dan proses tuntutan (harta pusaka) yang mungkin ambil masa lama berbulan-bulan atau bertahun-tahun, ada juga simpanan yang boleh dicairkan iaitu PruBSN Aspirasi. Sekurang-kurangnya, ia boleh meringankan sedikit sebanyak beban yang ditanggung oleh waris yang telah ditinggalkan. Maka, tindakan bijak anda diversify sebahagian simpanan yang sedia ada kepada PruBSN Aspirasi juga adalah tepat, kerana bukan sahaja berpeluang dapat pulangan yang tinggi tetapi juga dapat bantu meringankan bebanan keluarga sekiranya sudah tiada. Bagus kan pelan PruBSn Aspirasi ini?! Jom buka akaun HARI INI!


8. Boleh Claim Income Tax

Berita baik bagi anda yang mungkin masih belum 'penuhkan kuota' untuk claim income tax bahagian Insurans Nyawa. PruBSN Aspirasi adalah pelan simpanan hybrid yang disertakan dengan manfaat perlindungan. Sebahagian bayaran bulanan/ tahunan anda itu boleh dimasukkan untuk claim income tax, bahagian Insurans Nyawa sehingga RM3,000. Setiap tahun, PruBSN akan sediakan penyata untuk bantu anda isi e-filing nanti. Dengan kelebihan ini, ia bakal mengurangkan sedikit bayaran income tax anda.


---------------------------------------------------------------------------------

Ikuti juga penerangan penuh di Youtube:

---------------------------------------------------------------------------------

CONTOH BUDGET & JANGKAAN SIMPANAN
Contoh adalah untuk umur 25 tahun, 30 tahun dan 35 tahun. Jika ini BUKAN umur anda, sila isikan borang yang disediakan untuk saya kirakan berapa jumlah jangkaan simpanan, termasuk semua manfaat yang boleh diperolehi, mengikut budget anda.






---------------------------------------------------------------------------------
( Jika contoh di atas BUKAN umur anda, sila isi borang di bawah ini atau tekan butang 'Whatsapp' untuk saya kirakan berapa jangkaan simpanan yang anda boleh dapat dari pelan PruBSN Aspirasi mengikut umur dan budget anda )



RECAP
Pelan simpanan PruBSN Aspirasi ini adalah sesuai untuk...
  1. Simpanan jangka masa sederhana / panjang (15 tahun - 30 tahun)
  2. Dapat pulangan yang tinggi dan juga dapat manfaat perlindungan
  3. Anda nak diversify portfolio investment sedia ada, tanpa tambahan komitmen atau buat komitmen baru (bagi yang baru bermula)
  4. Anda boleh menyimpan dengan minima RM500/month atau RM6,000/year atau secara bulk/lump sum big money
  5. Anda nak buat simpanan di tempat yang boleh dihibahkan secara terus kepada waris, selepas kematian (tak termasuk dalam harta pusaka, aset tak terbeku)
  6. Anda nak PruBSN teruskan buat simpanan untuk anda jika malang tak berbau, menghidapi sakit kritikal (melalui benefit contributor)